Mahkamah Rayuan memutuskan mahkamah bawahan terkhilaf kerana gagal mempertimbangkan kewajipan Tasek Corporation Bhd untuk mengatur pemeriksaan perubatan semula bagi Teh Chang Khoon selepas tamat cuti perubatannya.PUTRAJAYA: Pengeluar simen Tasek Corporation Bhd diperintahkan membayar RM301,750 kepada bekas pengurusnya yang dipecat secara konstruktif selepas menjalani rawatan kanser darah.
Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan rayuan Teh Chang Khoon terhadap keputusan Mahkamah Perusahaan dan Mahkamah Tinggi yang menolak tuntutannya berhubung pemecatan tidak adil.
Hakim Shahnaz Sulaiman menyampaikan keputusan itu menerusi Zoom bagi pihak panel tiga hakim yang dipengerusikan Hakim Alwi Abdul Wahab, dengan Hakim Dean Wayne Daly sebagai anggota ketiga.







