JOHOR BAHRU: Sepasang suami isteri ditahan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) selepas gagal mengisytiharkan wang tunai hampir RM3 juta ketika mahu ke Singapura menerusi Bangunan Sultan Iskandar (BSI), semalam.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) AKPS, Datuk Mohd Nasaruddin M Nasir, berkata pasangan warga tempatan berusia 41 dan 42 tahun itu ditahan kira-kira jam 11.40 pagi ketika melalui pemeriksaan di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ).

"Pegawai bertugas di zon pemeriksaan kenderaan menghala ke Woodlands mengesyaki sesuatu mencurigakan selepas pemandu kenderaan pelbagai guna (MPV) menunjukkan kelakuan mencurigakan ketika disoal dan diarahkan membuka ruang penyimpanan barang serta tempat duduk penumpang.