KUALA LUMPUR: Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) komited mahu memartabatkan peranan Munsyi Muda Bahasa sebagai mengiktiraf terhadap sumbangan mereka memperkukuh bahasa Melayu dalam perkhidmatan awam.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Tan Sri Dr Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz, berkata usaha itu termasuk menyediakan elaun khidmat dan pencalonan pingat berdasarkan sumbangan diberikan.

Beliau berkata, inisiatif seiring dengan Pelan Strategik Munsyi Muda Bahasa 2027-2030 dan dipersetujui dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kecil Pelaksanaan Bahasa Kebangsaan JPA Bilangan 1 Tahun 2026 pada 19 Oktober lalu.

"Menerusi pelan itu, antara inisiatif dicadangkan ialah pemberian pengiktirafan kepada Munsyi Muda Bahasa, termasuk elaun khidmat dan pencalonan pingat berkaitan. Insya-Allah, pihak JPA akan meneliti cadangan ini," katanya.