NIBONG TEBAL: Seramai 90,000 pelajar Tingkatan Enam bakal menerima elaun berjumlah RM2,500 seorang mulai tahun depan.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata, elaun itu akan diagihkan mengikut semester dengan setiap pelajar menerima bayaran lebih RM800 bagi setiap semester pengajian.

“Sebaik sahaja pendaftaran anak-anak selesai tahun depan, maka kita akan sampaikan bantuan itu kepada pelajar Tingkatan Enam pada semester pertama mereka.

“Jadi insya-Allah, mereka akan mula mendapat elaun tersebut pada masa itu,” kata­nya ketika ditemui pada Program Jelajah Negaraku: Aku Kasih Malaysia di sini, semalam.