Austin: Max Verstappen mengakui kesilapan strategi penggunaan tayar menjadi antara punca dia gagal mencabar Kimi Antonelli pada Grand Prix Amerika Syarikat (AS), sekali gus terpaksa berpuas hati menamatkan perlumbaan di tempat ketiga.

Juara dunia empat kali itu yang memulakan perlumbaan di petak kedua, mengakui jentera Red Bull miliknya tidak memiliki kelajuan mencukupi untuk bersaing dengan Antonelli yang mendominasi perlumbaan bersama Mercedes.

Verstappen menggunakan tayar lembut bagi dua stint awal perlumbaan, keputusan yang menyaksikan dia terpaksa menggunakan strategi dua hentian di pit dan berdepan cabaran untuk mengekalkan kedudukan di kelompok hadapan.

"Saya rasa kelajuan keseluruhan kami tidak cukup baik dan mungkin tayar yang tersedia bukan pilihan tepat.