MENARA C Sunway Velocity 3 di perbandaran matang Cheras mencatatkan lebih 100 unit tempahan dalam talian susulan pelancaran awalnya pada 10 Oktober lalu, sekali gus mencerminkan permintaan berterusan terhadap kediaman di perbandaran bersepadu itu.

Projek kediaman bertingkat oleh Sunway Property itu dibangunkan sebagai menara terakhir bagi projek Sunway Velocity 3, selepas Menara A dan B mencatatkan kadar pembelian sebanyak 98 peratus.

Pembangunan pegangan bebas tersebut menawarkan unit kediaman yang lebih luas berkeluasan antara 775 hingga 1,324 kaki persegi dan dijadualkan menyokong gaya hidup moden pada harga jualan yang mampu dimiliki oleh pembeli rumah dan pelabur.

Ketua Pegawai Eksekutif Sunway Property, Chong Sau Min berkata, Sunway Velocity dikenali s