Kuala Lumpur: Tarian tradisional dibenarkan dalam Islam selagi bebas daripada sebarang unsur pemujaan dan tidak bercanggah dengan akidah.
Mufti Pulau Pinang, Prof Madya Datuk Dr Mohd Sukki Othman berkata, seni dan budaya bukan sesuatu yang ditolak dalam Islam, sebaliknya diiktiraf sebagai sebahagian daripada fitrah manusia.
"Dalam hadis riwayat Saidatina Aisyah RA, sekumpulan orang Habsyah membuat persembahan di masjid pada hari raya dan Rasulullah SAW membenarkannya serta turut menyaksikannya.
"Ini menunjukkan bahawa seni persembahan seperti tarian dibenarkan selagi tidak melanggar batasan syarak.






