Kuala Lumpur: Kuching City FC (KCFC) mahu menjadikan aksi menentang Gangwon FC sebagai titik kebangkitan dalam saingan Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia II (ACL II), apabila kedua-dua pasukan memburu kemenangan pertama di Stadium Gangneung, Korea Selatan, esok.
Pengendali KCFC, Aidil Sharin Sahak akui, pasukannya berdepan masalah kecederaan menjelang pertembungan itu, namun berharap beberapa pemain yang masih dalam proses pemulihan dapat kembali memperkuatkan pasukan.
Antara pemain yang diragui ialah Ronald Ngah Wanja dan Juan Pedro, manakala Safawi Rasid turut mengalami kecederaan hamstring.
"Kami ada beberapa masalah kecederaan dan sedang dalam proses pemulihan. Ronald Ngah Wanja dan Juan Pedro juga 50-50, tetapi Juan masih mahu bermain dan memberikan sumbangan.









