Status perkhidmatan Ketua Pengarah AKPS, Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zain sedang dalam proses untuk dimuktamadkan.
Key takeaways
Kementerian Dalam Negeri (KDN) memaklumkan bahawa status perkhidmatan Ketua Pengarah AKPS, Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zain, masih dalam proses untuk dimuktamadkan. KDN menegaskan bahawa urusan ini akan dilaksanakan secara teratur mengikut peraturan dan tatacara yang berkuat kuasa.
- KDN mengambil perhatian dan menghargai pandangan masyarakat berhubung urusan perkhidmatan Mohd. Shuhaily.
- Penubuhan AKPS bertujuan memperkukuh pengurusan kawalan dan perlindungan sempadan negara.
- KDN memastikan AKPS terus melaksanakan peranan optimum demi keselamatan dan kedaulatan negara.
Summarised automatically by AI from the original article by Utusan Malaysia. AI can make mistakes, so check the original for details.
PETALING JAYA: Status perkhidmatan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zain sedang dalam proses untuk dimuktamadkan.
Kementerian Dalam Negeri (KDN) memaklumkan, pihaknya mengambil perhatian dan menghargai pandangan masyarakat berhubung urusan perkhidmatan Mohd. Shuhaily.
“Pada masa ini, urusan perkhidmatan Ketua Pengarah AKPS masih dalam proses untuk dimuktamadkan.
“KDN akan memastikan urusan tersebut dilaksanakan secara teratur mengikut peraturan dan tatacara yang berkuat kuasa,” katanya dalam kenyataan hari ini.