Kuala Lumpur: Seramai 2,097 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) ditahan atas pelbagai kesalahan jenayah termasuk dadah, samun serta rasuah sepanjang tempoh dari 2021 hingga Ogos lalu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, mendedahkan kesalahan membabitkan dadah mencatatkan jumlah tertinggi iaitu seramai 1,551 orang ditahan mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952 dalam tempoh berkenaan.

Menurutnya, perincian tangkapan membabitkan kesalahan dadah merekodkan 357 individu pada 2021, diikuti 248 orang (2022), 245 orang (2023), 310 orang (2024), 256 orang pada tahun lalu, dan 135 orang bagi tempoh Januari hingga Ogos lalu.

"Bagi kesalahan samun pula, seramai 64 pegawai dan anggota PDRM ditahan. Pecahan mengikut tahun menyaksikan 10 tangkapan direkodkan pada 2021, 10 orang (2022), 11 orang (2023), 13 orang (2024), 10 orang pada tahun lalu, serta 10 lagi bagi tempoh setakat Ogos tahun ini.