KUALA LUMPUR - Sebanyak 2,097 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) ditangkap berkaitan kesalahan dadah, samun dan rasuah bagi tempoh dari 2021 hingga Ogos 2026, menurut Kementerian Dalam Negeri (KDN).Kementerian itu memaklumkan jumlah berkenaan merangkumi 1,551 orang bagi kesalahan dadah, 64 orang bagi kesalahan samun dan 482 orang yang ditangkap oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).Bagi kesalahan dadah, kesemua tangkapan dibuat di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952, dengan 357 orang ditangkap pada 2021, diikuti 248 (2022), 245 (2023), 310 (2024), 256 (2025) dan 135 orang bagi tempoh Januari hingga Ogos tahun ini."Bagi kesalahan samun pula, 10 orang ditangkap masing-masing pada 2021, 2022, 2025 dan lapan bulan pertama tahun ini, manakala 11 individu pada 2023 dan 13 orang pada 2024."Tangkapan warga PDRM oleh SPRM pula melibatkan 77 orang pada 2021, 86 orang (2022), 129 orang (2023), 53 orang (2024), 87 orang (2025) dan 50 orang bagi Januari hingga Ogos tahun ini," menurut KDN dalam jawapan bertulis di portal Parlimen.Kementerian itu menjawab soalan Lim Lip Eng (PH-Kepong) mengenai jumlah anggota polis yang ditangkap kerana kesalahan dadah, samun dan rasuah sejak 2021, serta status siasatan terhadap 12 anggota polis yang disyaki merompak kira-kira RM200,000 mata wang kripto daripada sekumpulan warga China di Country Heights, Kajang pada 5 Februari lepas.Berhubung status siasatan terhadap 12 anggota polis itu, KDN memaklumkan PDRM telah membuka kertas siasatan dan siasatan sedang dijalankan di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan. - Bernama
2,097 pegawai, anggota polis ditangkap berkaitan dadah, samun dan rasuah sejak 2021

Key takeaways
Sebanyak 2,097 pegawai dan anggota polis ditangkap dari 2021 hingga Ogos 2026 atas kesalahan dadah, samun dan rasuah.
- 1,551 pegawai ditangkap atas kesalahan dadah dari 2021 hingga Ogos 2026.
- 64 individu ditangkap atas kesalahan samun dalam tempoh yang sama.
- 482 anggota polis ditangkap oleh SPRM dari 2021 hingga Ogos 2026.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Harian Metro
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Malaysiakini (BM) Shuhaily mengaku tidak bersalah cederakan dua anggota polis
- Sinar Harian 2,097 pegawai, anggota polis ditangkap berkaitan dadah, samun dan rasuah sejak 2021 (this story)
- Malaysiakini (BM) Isu jenayah warga PDRM: 2,097 pegawai, anggota ditangkap sejak 2021






