KANGAR - Kesemua 11 tahanan disyaki pendatang tanpa izin warga Myanmar dan Thailand disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan susulan seorang anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) maut ketika operasi penguatkuasaan, Isnin lepas.Pengarah Maritim Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Romli Mustafa berkata, kes itu bukan lagi isu pelanggaran undang-undang imigresen semata-mata sebaliknya melibatkan siasatan jenayah lebih berat."Hasil pemeriksaan lanjut, kesemua individu yang ditahan disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen serta Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM). Lebih serius, kertas siasatan turut dibuka di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan ke atas semua tangkapan," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Pada Selasa, media melaporkan, Laskar Kanan Teknikal Maritim Mohd Roshaimi Mohd Ridzuan, 41, meninggal dunia manakala tiga lagi anggota cedera dalam kejadian pelanggaran bot ketika operasi penguatkuasaan di perairan Kuala Sungai Padang, Kuala Perlis.Romli dipetik sebagai berkata, insiden itu berlaku semasa operasi dijalankan lima anggota Maritim Malaysia bagi menahan sebuah bot disyaki membawa pendatang tanpa izin itu di Kuala Sungai Padang pada 11.37 malam, Isnin lepas.Dalam kejadian itu, sembilan warga Myanmar terdiri daripada tujuh lelaki dan dua wanita serta dua tekong lelaki warga Thailand yang dipercayai pendatang tanpa izin berjaya ditahan. - Bernama
Anggota Maritim maut: Kesemua tahanan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan

Key takeaways
11 tahanan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan selepas anggota Maritim Malaysia maut semasa operasi penguatkuasaan.
- Kesemua tahanan disyaki pendatang tanpa izin dari Myanmar dan Thailand.
- Insiden berlaku semasa operasi menahan bot di Kuala Sungai Padang.
- Siasatan melibatkan jenayah lebih berat selain pelanggaran undang-undang imigresen.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia Anggota Maritim maut, tiga cedera ketika ‘berjuang’ kejar PATI
- Utusan Malaysia Maritim Malaysia teliti SOP susulan insiden anggota maut
- Sinar Harian Anggota Maritim maut: Kesemua tahanan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan (this story)







