SHAH ALAM – Tindakan seorang lelaki warga China memberi rasuah RM500 kepada seorang pegawai polis bagi mengelakkan pemeriksaan, mengundang padah apabila Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa menjatuhkan hukuman penjara sehari dan denda RM10,000.Berdasarkan kenyataan media Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), tertuduh, He Ruqiang, 45, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas satu pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim, Awang Kerisnada Awang Mahmud.Mengikut pertuduhan, dia didakwa secara rasuah memberikan wang itu kepada seorang ejen kerajaan Malaysia, iaitu pegawai polis yang bertugas di Bahagian Pasukan Gerakan Am (PGA), Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bukit Aman.Pemberian wang berkenaan sebagai dorongan pegawai polis itu tidak meneruskan pemeriksaan terhadap tertuduh, di dalam sebuah bilik di Jalan Bestari 2A/KU7, Kawasan Perindustrian Kapar Bestari jam 10.50 pagi pada 6 April lalu.Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 17(b) Akta SPRM 2009.Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Muaz Ahmad Khairuddin dan pegawai pendakwa, Mohd Alimi Mustapha sementara tertuduh diwakili peguam, Muhamad Aizat Fakri.
Warga China dipenjara sehari, denda RM10,000 kerana rasuah polis RM500

Key takeaways
Seorang lelaki China didenda RM10,000 dan dihukum penjara sehari kerana memberi rasuah RM500 kepada polis.
- He Ruqiang mengaku bersalah memberi rasuah RM500 kepada pegawai polis.
- Hukuman yang diberikan ialah penjara sehari dan denda RM10,000.
- Pemberian wang itu bertujuan mengelakkan pemeriksaan pada 6 April lalu.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- NOOR AZLIDA ALIMIN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 6 sources, oldest first.
- Free Malaysia Today Pelajar gugur kandungan dipenjara sebulan, denda RM5,000
- Utusan Malaysia Pemandu buli jalan raya dipenjara 5 hari, denda RM10,000
- Sinar Harian Warga China dipenjara sehari, denda RM10,000 kerana rasuah polis RM500 (this story)







