Mahkamah Majistret Kota Kinabalu jatuhkan hukuman penjara sebulan, denda RM5,000 ke atas seorang pelajar berusia 19 tahun kerana menggugurkan kandungannya sendiri.PETALING JAYA: Seorang pelajar berusia 19 tahun dihukum penjara sebulan dan didenda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret Kota Kinabalu kerana menggugurkan kandungannya sendiri.
Majistret Marilyn Kelvin menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh mengaku bersalah atas tuduhan mengikut Seksyen 312 Kanun Keseksaan, lapor The Borneo Post.
Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dipenjara lapan bulan lagi jika gagal membayar denda.
Kesalahan itu dilakukan di sebuah rumah sewa di Kota Kinabalu pada 15 Mei lepas.








