SHAH ALAM - Kenyataan Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man meminta Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) meninggalkan Perikatan Nasional (PN) dilihat tidak kena pada caranya.Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz mendakwa, ia kerana pemimpin dalam kalangan Pas sendiri yang melanggar Perlembagaan PN, menindas, tidak amanah, melakukan perbuatan khianat, gagal berlaku adil, malah bertindak zalim terhadap rakan gabungan.Menurut beliau, apa jua tindakan salah yang dilakukan pemimpin Pas dalam PN tidak sepatutnya disokong oleh Tuan Ibrahim kerana ia jelas melanggar undang-undang dan tidak mengikut ajaran Islam."Apa masalah dengan lebai?"Adakah Timbalan Presiden Pas sedang melindungi kemungkaran, ketidakadilan, penindasan serta mengamalkan Assobiyah?" katanya menerusi hantaran di Facebook pada Rabu.Sebelum ini, Tuan Ibrahim menyarankan supaya Bersatu menarik diri daripada PN dan bukannya cuba melemahkan gabungan itu menerusi pelbagai tindakan.Beliau berkata, Bersatu tidak sepatutnya cuba membubarkan PN, tetapi pada masa sama melahirkan rasa sedih terhadap keputusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) membatalkan pendaftaran gabungan itu.Sementara itu, Tun Faisal menerusi hantaran sama mengulangi semula senarai lapan 'dosa' yang didakwa dilakukan Pas terhadap Bersatu.Antaranya menurut beliau, Pas dipercayai menjadi punca keretakan dalam PN termasuk mencampuri urusan dalaman Bersatu sejak Februari 2025.Selain itu, katanya, Pas didakwa menyokong pihak yang cuba menjatuhkan 'imam' dalam Bersatu dengan cara tidak Islamik, melanggar Perlembagaan Bersatu, baiah dan sumpah atas nama ALLAH SWT, memberi dan menerima rasuah untuk akuan berkanun (SD) serta mengetepikan Presiden Bersatu."Pas ikut ajaran Islamkah apabila menyokong pihak yang cuba menjatuhkan 'imam' dengan cara salah, rasuah serta melanggar baiah dan sumpah?"Mereka membuat fitnah terhadap Bersatu dalam isu Perlis, Negeri Sembilan dan penolakan keahlian Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) serta Parti Berjasa Malaysia (Berjasa) dalam salah satu Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) PN," ujarnya.Tun Faisal turut mendakwa, isu pertukaran Menteri Besar Pas di Perlis berpunca daripada kelemahan Menteri Besar Pas dan anaknya yang berlarutan menjadi isu dalaman pemimpin Pas Perlis serta istana, seterusnya diheret masuk ke dalam gabungan."Bekas Menteri Besar Perlis daripada Pas merupakan besan kepada Presiden Pas. Ketua Dewan Ulama Pas Perlis dan Mursyidul Am Pas sendiri menolak bahawa Bersatu bersalah dalam soal ini," jelasnya lagi.
'Minta Bersatu tinggalkan PN, kenyataan Timbalan Presiden Pas tak kena cara' - Tun Faisal

Key takeaways
Tun Faisal mengkritik kenyataan Tuan Ibrahim yang meminta Bersatu tinggalkan PN, menyatakan tindakan Pas melanggar perlembagaan dan undang-undang.
- Tun Faisal menuduh Pas melanggar perlembagaan PN dan tidak adil terhadap rakan gabungan.
- Tuan Ibrahim disoal sama ada melindungi ketidakadilan dan penindasan dalam PN.
- Pas didakwa menjadi punca keretakan dalam PN dan mencampuri urusan dalaman Bersatu.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- AISYAH BASARUDDIN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 3 sources, oldest first.
- Malaysiakini (BM) Pembatalan ROS petanda awal kejatuhan PN, dakwa Bersatu Pahang
- Malaysiakini PN to take disciplinary action against Bersatu
- Sinar Harian 'Minta Bersatu tinggalkan PN, kenyataan Timbalan Presiden Pas tak kena cara' - Tun Faisal (this story)







