BANGI: Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir berangkat menyempurnakan perasmian Persidangan Antarabangsa Undang-Undang Tuanku Canselor 2026 (TCC 2026) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), di sini hari ini.
Ketibaan baginda yang juga Canselor UKM disambut Naib Canselor, Prof Datuk Dr Sufian Jusoh dan Pengerusi Lembaga Pengarah UKM, Datuk Johan Idris.
Dua anakanda baginda, Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddin dan Tunku Panglima Besar, Tunku Zain Al-'Abidin turut berangkat ke persidangan dua hari anjuran Fakulti Undang-Undang UKM itu.
Persidangan berkenaan menghimpunkan 121 pembentang dari seluruh dunia bagi membincangkan pengukuhan kedaulatan undang-undang dan tadbir urus baik di ASEAN serta peringkat antarabangsa.








