KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir berkenan merasmikan Persidangan Antarabangsa Undang-Undang Tuanku Canselor (TCC) 2026 di Bangi, hari ini.
Keberangkatan baginda merangkap Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) turut diiringi oleh Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddin dan Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan, Tunku Zain Al-Abidin.
Majlis turut dihadiri Naib Canselor UKM, Prof. Datuk Dr. Sufian Jusoh dan Duta Besar Jepun di Malaysia, Shikata Noriyuki
Persidangan antarabangsa selama dua hari itu dianjurkan Fakulti Undang-Undang UKM bertemakan Kedaulatan Undang-Undang dan Tadbir Urus Baik di ASEAN dan Antarabangsa’.









