PETALING JAYA: Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) menghasilkan sistem penanaman kompak UrbanKit, bagi menggalakkan masyarakat bandar menghasilkan cucuk tanam sendiri, sekaligus memperkukuh keterjaminan negara.

Penyelidik Mardi merangkap pereka UrbanKit, Mohd Johaary Abdul Hamid berkata, usaha tersebut dilaksanakan dengan kerjasama syarikat swasta TMEH Marketing Sdn. Bhd.

Katanya, sistem kompak berkenaan dilengkapi takungan air dan nutrien bagi membantu membekalkan keperluan tanaman dengan cekap tanpa bergantung kepada penyiraman manual harian.

“Inovasi yang dibangunkan sejak 2014 dan dikomersialkan pada 2016 itu diperkenalkan bagi memudahkan penduduk bandar mengusahakan tanaman sendiri seperti di balkoni, koridor dan halaman kecil sekitar rumah.