BRUSSELS: Tiga daripada empat juruterbang syarikat penerbangan di Eropah mengaku pernah tertidur di dalam kokpit semasa mengendalikan penerbangan, menurut hasil kajian terbaharu.

Tinjauan yang melibatkan hampir 7,200 kapten dan pegawai pertama mengesahkan bahawa kebanyakan juruterbang mengalami masalah kekurangan waktu rehat serta tekanan untuk memanjangkan tempoh syif perkhidmatan mereka.

Persatuan ­Kokpit Eropah (ECA) yang me­ngeluarkan laporan ber­kenaan mendedahkan bahawa juruterbang bim­bang dikenakan tinda­kan tatatertib sekiranya membuat laporan berhubung isu keletihan sekali gus berpotensi me­ngancam keselamatan pe­nerbangan.

Menerusi kajian ber­kenaan, kira-kira 75 pe­ratus juruterbang me­ngaku pernah mengalami fenomena tidur mikro di dalam kokpit akibat kelesuan melampau.