BUKIT MERTAJAM: Empat lelaki warga tempatan masing-masing didenda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret hari ini, selepas mengaku bersalah pertuduhan berpakat melakukan penipuan dalam talian membabitkan sindiket 'Love Scam'.
Tertuduh, Ho Kui Ming, 33; Edmund Yii Kan Xi; 26, Choo Xin Thuan, 33; dan Tiong Weng Chiong, 32, membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Sharifah Razali.
Berdasarkan pertuduhan, keempat-empat tertuduh didakwa berpakat melakukan aktiviti penipuan dalam talian yang menyalahi undang-undang.
Kesalahan itu didakwa di sebuah premis di Taman Alma Indah dalam daerah Seberang Perai Tengah, di sini, jam 11.15 malam pada 19 Oktober lalu.








