Bukit Mertajam: Empat lelaki warga tempatan masing-masing didenda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret, di sini, hari ini, selepas mengaku bersalah atas pertuduhan berpakat melakukan penipuan dalam talian membabitkan sindiket 'Love Scam'.

Tertuduh, Ho Kui Ming, 33; Edmund Yii Kan Xi; 26, Choo Xin Thuan, 33; dan Tiong Weng Chiong, 32, membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Sharifah Razali.

Berdasarkan pertuduhan, keempat-empat tertuduh didakwa berpakat melakukan aktiviti penipuan dalam talian yang menyalahi undang-undang.

Kesalahan itu didakwa di sebuah premis di Taman Alma Indah dalam daerah Seberang Perai Tengah, di sini, kira-kira jam 11.15 malam pada 19 Oktober lalu.