AMPANG – Empat lelaki masing-masing didenda maksimum RM1,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas terlibat dalam satu pergaduhan tular di sebuah tokong Isnin lalu.

Majistret Tiong Wen Wen mengenakan hukuman denda itu selepas tertuduh-tertuduh iaitu Foo Je Kit, 19; Alvin Hw Jun Mun, 19; Yeo Ji Kang, 18, dan Lai Jian Lung, 20, mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang didakwa ke atas mereka.

Mahkamah turut memerintahkan mereka dipenjara satu bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.

Mengikut pertuduhan, mereka secara bersama-sama telah melakukan gaduh gempar di tempat awam iaitu sebuah tokong di Jalan Merdeka, Kampung Baru Ampang di sini pukul 12.01 tengah malam pada 19 Okto