JOHOR BAHRU: Empat warga China dan seorang warga Taiwan didenda RM4,000 masing-masing oleh Mahkamah Majistret, di sini hari ini atas pertuduhan menjalankan penipuan pelaburan dalam talian tidak wujud.

Kesemua tertuduh, Sun Chang, 32; Chih Hsien-Lung, 41; Fang Peihang, 36; Lyu Yahui, 36; dan Fang Peipei, 33, dijatuhkan hukuman itu selepas mereka mengaku bersalah di hadapan Majistret, Nor Zihan Abdul Rehman.

Berdasarkan kertas pertuduhan, mereka didakwa bersama-sama melakukan perbuatan menyalahi undang-undang, iaitu menipu pelabur melalui kegiatan pelaburan dalam talian tidak wujud yang bertentangan dengan Seksyen 417 Kanun Keseksaan.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Royal Strand, Country Garden Danga Bay, di sini pada pukul 3.30 petang, 29 Januari lalu.