Petaling Jaya: Timbalan Mufti Pahang, Datuk Dr Badli Shah Alauddin mendedahkan beliau terpaksa menjawab aduan menerusi Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) berhubung ceramahnya yang menyentuh topik generasi 'strawberi.'

Perkara itu didedahkan beliau ketika menyampaikan kuliah Dhuha di Masjid Felda Kampung Sertik, Bentong, 18 Oktober lalu, yang dikongsi menerusi rakaman video di saluran YouTube.

Melalui rakaman itu, beliau mendakwa diminta memberikan penjelasan kepada Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Pahang dalam tempoh tiga hari.

"Saya tak ada nak cerita hal strawberi, saya jadi menyampah nak cerita. Tuan-tuan tahu, saya kena SISPAA tajuk tu?