KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) untuk hari dagangan kelapan berturut-turut hari ini, mencerminkan momentum mata wang tempatan yang positif secara berterusan pada awal dagangan.
Pada 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.0855/0915 berbanding dolar AS daripada 4.0865/0900 semasa ditutup pada Selasa.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata optimisme dalam pasaran kewangan yang didorong oleh tumpuan pelabur terhadap kecerdasan buatan (AI) terus mendominasi pasaran ekuiti global, sekali gus memberikan sokongan kepada mata wang Malaysia.
Sementara itu, katanya Rizab Persekutuan (Fed) AS dijangka mengekalkan kadar dana persekutuan pada paras antara 3.75 peratus dan 4.0 peratus.








