WASHINGTON – Krisis kos sara hidup yang semakin meningkat memaksa separuh daripada rakyat Amerika Syarikat (AS) ‘mengikat perut’ ataupun meninggalkan salah satu waktu makan harian semata-mata kerana tidak mampu menampung lonjakan melampau harga barangan runcit, lapor saluran berita The Independent.
Dapatan mengejutkan itu didedahkan menerusi satu kaji selidik terbaharu oleh firma kewangan Self Financial yang dijalankan pada Ogos lalu.
Berdasarkan data rasmi persekutuan, harga barangan dapur di AS melonjak purata 28 peratus antara September 2020 hingga September 2026.
Malah, harga barangan asas seperti daging kisar melambung sehingga 67 peratus, manakala harga kopi meroket setinggi 108 peratus.






