KOTA TINGGI – Suspek kes tetak peneroka menggunakan kapak hingga maut di Felda Lok Heng Selatan di sini direman selama tujuh hari bermula hari ini hingga 3 November depan.

​Perintah reman terhadap lelaki berusia 41 tahun itu dikeluarkan oleh Hakim Mahkamah Sesyen Pengerang, Hidayatul Syuhada Shamsudin bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan lanjut di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

​Suspek yang berpakaian lokap berwarna jingga tiba di mahkamah kira-kira pukul 9.45 pagi bagi permohonan reman.

Terdahulu, Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad berkata, suspek berjaya di