MANCHESTER – Pengurus Manchester City, Enzo Maresca menganggap beliau sudah mempelajari sesuatu selepas tewas kepada Aston Villa menjelang pusingan keempat Piala Liga Inggeris (EFL) menentang Brighton di Stadium Etihad awal pagi esok.

City boleh dianggap seperti harimau terluka ketika ini dengan aksi bertemu Brighton mampu menjadi medan terbaik untuk The Citizens melakukan kebangkitan dan kembali mendapatkan rentak kemenangan.

Maresca berkata, pemain-pemainnya sudah belajar sesuatu daripada kekalahan kepada Villa dan sedia menjadikan Brighton sebagai mangsa biarpun sedar skuad kendalian Fabian Hurzeler itu sukar untuk dijinakkan.

“Dalam bola sepak, anda sentiasa boleh memperbaiki kelemahan. Dalam mana-mana perlawanan, bolos adalah satu perkara biasa dan kami tahu apa yang perlu dilakukan dalam perlawanan akan datang.