LONDON – Bintang muda Barcelona, Lamine Yamal terus mengukuhkan namanya sebagai antara bakat paling menonjol apabila sekali lagi dinobatkan sebagai pemenang Trofi Kopa 2026 iaitu anugerah yang diberikan kepada pemain terbaik dunia bawah 21 tahun.

Kejayaan itu mencipta sejarah tersendiri buat Yamal apabila menjadi pemain pertama memenangi Trofi Kopa selepas melakar ‘hatrik’ apabila mendominasi anugerah berkenaan diperkenalkan sejak 2024.

Pemain sensasi Sepanyol itu mengatasi beberapa pencabar terdekat seperti rakan sepasukannya di Barcelona, Pau Cubarsi yang menduduki tempat kedua, manakala Warren Zaire-Emery dari Paris Saint-Germain (PSG) berada di tangga ketiga.

Selain Yamal, Majlis Ballon d’Or 2026 berlangsung di London Palladium pada awal pagi semalam turut menyaksikan bola sepak Sepanyol mendominasi kategori kejurulatihan.