“Dengan material tempat duduk mesra haiwan peliharaan yang diperakui oleh TÜV serta ciri ‘Pet Mode’, J5 EV dibina untuk isi rumah moden yang sering membawa bersama haiwan peliharaan mereka,” ujarnya.Tambahnya, fokus utama acara itu adalah memberi maklumat penting bagaimana reka bentuk kenderaan dapat menyokong perjalanan harian dengan haiwan peliharaan di dalam kereta.
KO
Kosmo ZUBAIDAH IBRAHIM · News & blogs · · 2 min read
KOKosmo
Image: Kosmo
Key takeaways
Paws N’ Drive diadakan di Petaling Jaya untuk memberi pengalaman memandu uji kenderaan bersama haiwan peliharaan.
Acara ini menarik lebih 200 pencinta haiwan dengan aktiviti seperti memandu uji dan menghias beg tote.
Nur Nabila Najwa Azman menyertai acara tersebut dan berharap dapat memperkukuhkan hubungan dalam komuniti.
Kucing yang diselamatkan oleh Nur Nabila, Sock, turut hadir dalam acara tersebut.
Summarised automatically by AI from the original article by Kosmo. AI can make mistakes, so check the original for details.
PERJALANAN menaiki kereta dengan membawa haiwan peliharaan sama ada dalam jarak dekat atau jauh ketika bercuti atau keluar beriadah memerlukan kenderaan yang selesa agar haiwan tersebut berada dalam keadaan baik.
Menyedari kepentingan perkara itu, JAECOO Malaysia dengan kerjasama platform komuniti haiwan peliharaan, The Paws Collective (TPC) telah menganjurkan acara Paws N’ Drive di Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini bagi memberi pengalaman kepada pemilik haiwan untuk memandu uji kenderaan tersebut.
Bukan itu sahaja, acara Paws N’ Drive yang berlangsung selama dua hari itu berjaya menarik lebih 200 pencinta haiwan dalam perhimpunan unik bersama komuniti tersebut dengan pelbagai acara seperti pandu uji kenderaan bersama haiwan kesayangan, menghias beg tote dan menghasilkan rantai kunci.
Read the full story on KosmoYou've read the opening, about 111 of 423 words. The full piece is published by Kosmo.