PENGERANG: Seorang lelaki direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes bunuh peneroka menggunakan kapak di FELDA Lok Heng Selatan, di sini, kelmarin.
Hakim Mahkamah Sesyen Pengerang, Hidayatul Syuhada Shamsudin memerintahkan suspek berusia 41 tahun itu direman bermula hari ini sehingga 3 November untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan bagi kesalahan membunuh.
Terdahulu, suspek berpakaian lokap berwarna jingga tiba di mahkamah kira-kira jam 9.45 pagi sambil dikawal pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi.
Semalam, Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad dilaporkan berkata, suspek berjaya ditahan pada jam 10.26 pagi dalam kebun kelapa sawit di Kota Tinggi.








