KOTA TINGGI – Suspek kes tetak peneroka menggunakan kapak hingga maut di Felda Lok Heng Selatan di sini direman di Mahkamah Majistret Pengerang, selama tujuh hari bermula Rabu.Perintah reman terhadap lelaki berusia 41 tahun itu oleh Hakim Hidayatul Syuhada Shamsudin bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan lanjut di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.Suspek yang berpakaian lokap berwarna jingga tiba di mahkamah kira-kira jam 9.45 pagi bagi permohonan reman.Sebelum itu, Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad berkata, suspek berjaya ditahan jam 10.26 pagi semalam di dalam kebun kelapa sawit.Katanya, pihak polis menerima maklumat kejadian bunuh melibatkan mangsa seorang lelaki warga tempatan berumur 68 tahun dalam keadaan berlumuran darah dan terbaring di tepi jalan di kawasan Felda berkenaan lebih kurang JAM 7.56 malam Isnin.Menurutnya, hasil siasatan awal di lokasi kejadian mendapati mangsa mengalami kecederaan luka pada bahagian kepala dan kedua-dua belah lengan.Tambahnya, bertindak atas maklumat, polis turut berjaya merampas sebilah kapak dan sebuah motosikal yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kejadian tersebut.Jelasnya, semakan ke atas rekod jenayah lampau mendapati suspek mempunyai enam rekod jenayah lampau berkaitan kesalahan jenayah dan dadah.
Peneroka maut ditetak: Suspek direman tujuh hari

Key takeaways
Suspek kes tetak peneroka menggunakan kapak direman tujuh hari untuk siasatan lanjut.
- Suspek berusia 41 tahun direman di Mahkamah Majistret Pengerang.
- Mangsa 68 tahun ditemui dalam keadaan berlumuran darah di Felda Lok Heng Selatan.
- Polis merampas kapak dan motosikal yang dikaitkan dengan kes tersebut.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Harian Metro , Berita Harian , Kosmo
Story details
- Published
- By
- NOR AZURA MD AMIN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Harian Metro Suspek kes bunuh peneroka FELDA direman tujuh hari
- Berita Harian Kes tetak mati peneroka: Suspek direman tujuh hari
- Sinar Harian Peneroka maut ditetak: Suspek direman tujuh hari (this story)







