Pengerang: Seorang lelaki direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes bunuh peneroka menggunakan kapak di FELDA Lok Heng Selatan di sini, kelmarin.

Hakim Mahkamah Sesyen Pengerang, Hidayatul Syuhada Shamsudin memerintahkan suspek berusia 41 tahun itu direman bermula hari ini sehingga 3 November.

Perintah reman itu dikeluarkan bagi membolehkan siasatan lanjut dibuat ke atas suspek, mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan bagi kesalahan membunuh.

Terdahulu, suspek berpakaian lokap berwarna jingga tiba di mahkamah kira-kira jam 9.45 pagi diiringi pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi.