KUCHING: Dua lelaki yang baru dibebaskan dari penjara kerana kesalahan pecah kubur, kembali mengulangi kegiatan jenayah di Miri, malah merekrut rakan lain menyertai mereka.
Pemangku Pesuruhjaya Polis Sarawak, Deputi Komisioner Saifullizan Ishak berkata kegiatan kumpulan itu terbongkar selepas polis menahan sembilan lelaki tempatan berusia antara 16 hingga 73 tahun dalam operasi khas bermula 11 hingga 17 Oktober lalu.
Siasatan mendapati dua suspek utama yang pernah dipenjarakan kerana kesalahan sama meneruskan kegiatan berkenaan selepas dibebaskan, sebelum mengajak beberapa individu lain menyertai mereka.
"Kegiatan itu dipercayai dilakukan sejak Ogos lalu, dengan siasatan polis berjaya mengaitkan kumpulan terbabit dengan 15 kes pecah kubur di daerah Miri.








