Tanah Merah: Dalam keadaan dirinya sendiri menanggung lapan jenis penyakit termasuk masalah mental dan parkinson, See Bee Chuu, masih mampu menjaga tiga anak saudaranya yang kematian ibu serta bapa.
Bee Chuu, 59, menggalas tanggungjawab itu sejak kematian adiknya iparnya, Tan Bee Siew, 40, disebabkan strok pada dua tahun lalu sebelum tiga bulan selepas itu diikuti suaminya, See Lee Kuan, 51, yang maut akibat kemalangan jalan raya.
Kini, tiga anak saudaranya See Soon Huat, 20, See Soon Siong, 18 dan See Soon Thiam, 11, di bawah jagaannya sejak dua tahun lalu malah turut berpindah menetap di kediaman mendiang adiknya itu bagi memudahkan urusan penjagaan terutama anak yang bongsu.
Bee Chuu berkata, selain parkinson dan mental, dia turut menderita kencing manis kronik, darah tinggi, masalah jantung, asma, ketumbuhan pangkal rahim serta rabun namun semua itu tidak menghalangnya melakukan tugasan rumah termasuk memasak.








