Kuala Lumpur: "Perjalanan Azeem dan Sivasangari mampu menyemarakkan semangat dalam diri generasi muda. Seorang kanak-kanak yang melihat Azeem berlumba hari ini mungkin terdorong untuk mencuba olahraga, manakala seseorang yang menyaksikan Sivasangari beraksi di Los Angeles 2028 mungkin tergerak untuk memegang raket skuasy buat kali pertama."
Begitu kata Ketua Pembangunan Sukan MILO®️ Malaysia, Lim Kerwin mengenai pelantikan pelari pecut negara, Muhammad Azeem Mohd Fahmi dan jaguh skuasy, S Sivasangari sebagai duta sukan MILO®️ Malaysia.
Azeem dilantik sebagai duta terbaharu bagi bergandingan dengan Sivasangari yang kini memasuki tahun ketiga bersama jenama terkemuka berkenaan.
Pelantikan itu hadir ketika kedua-dua atlet berkenaan terus memburu pencapaian lebih tinggi dalam karier masing-masing selepas mengharungi cabaran di pentas antarabangsa.








