Penunggang motosikal maut rempuh van dipercayai langgar lampu merah
hafidzul@hmetro.com.my KAJANG: Penunggang motosikal maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh sebuah van yang dipercayai membelok ketika lampu isyarat merah di persimpangan tiga Jalan Reko, di sini, semalam. Lelaki berusia 20 tahun yang menunggang motosikal jenis Yamaha disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah kira-kira jam 11 pagi. Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof, berkata siasatan awal mendapati van Toyota Hiace berwarna putih…
BH
Berita Harian Hafidzul Hilmi Mohd Noor · News & blogs ·
BHBerita Harian
Image: Berita Harian
Key takeaways
Seorang lelaki berusia 20 tahun maut selepas motosikalnya merempuh van yang dipercayai membelok ketika lampu merah.
Kemalangan berlaku di Jalan Reko, Kajang semalam.
Van Toyota Hiace berwarna putih membelok ke kanan ketika lampu merah.
Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.
Summarised automatically by AI from the original article by Berita Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
KAJANG: Penunggang motosikal maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh sebuah van yang dipercayai membelok ketika lampu isyarat merah di persimpangan tiga Jalan Reko, di sini, semalam.
Lelaki berusia 20 tahun yang menunggang motosikal jenis Yamaha disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah kira-kira jam 11 pagi.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof, berkata siasatan awal mendapati van Toyota Hiace berwarna putih itu sedang membelok ke kanan di persimpangan berkenaan sebelum dilanggar motosikal mangsa yang bergerak lurus.
"Kemalangan berlaku apabila van terbabit membelok ke kanan ketika lampu isyarat berwarna merah sebelum dilanggar oleh motosikal mangsa yang sedang bergerak lurus.
Read the full story on Berita HarianThat's the opening of the story. The full piece is published by Berita Harian.