KAJANG - Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya bertembung dengan sebuah van di persimpangan lampu isyarat Jalan Reko di sini pada Selasa.Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 11 pagi."Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila sebuah van Toyota Hiace berwarna putih membelok ke kanan ketika lampu isyarat merah sebelum dilanggar oleh sebuah motosikal Yamaha yang bergerak lurus."Akibat perlanggaran tersebut, penunggang motosikal warga tempatan berusia 20 tahun itu telah maut di tempat kejadian, manakala pemandu van berusia 71 tahun tidak mengalami kecederaan," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Naazron berkata, ujian air kencing terhadap pemandu van berkenaan didapati negatif."Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987."Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian atau rakaman kamera papan pemuka (dashcam) diminta menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Ahmad Zahrein Muhd Suod, menerusi talian 017-381 8422 bagi membantu siasatan," katanya.
Penunggang motosikal maut bertembung van langgar lampu isyarat merah

Key takeaways
Seorang lelaki maut selepas motosikalnya bertembung dengan van di persimpangan lampu isyarat merah di Kajang.
- Kemalangan berlaku pada jam 11 pagi di Jalan Reko, Kajang.
- Pemandu van tidak cedera manakala penunggang motosikal berusia 20 tahun maut di tempat kejadian.
- Ujian air kencing pemandu van menunjukkan hasil negatif.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Berita Harian , Harian Metro , Kosmo
Story details
- Published
- By
- AHMAD ISMADI ISMAIL
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Sinar Harian Penunggang motosikal maut bertembung van langgar lampu isyarat merah (this story)








