Kajang: Penunggang motosikal maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh sebuah van yang dipercayai membelok ketika lampu isyarat merah di persimpangan tiga Jalan Reko, di sini, semalam.
Lelaki berusia 20 tahun yang menunggang motosikal jenis Yamaha disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah kira-kira jam 11 pagi.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, siasatan awal mendapati van Toyota Hiace berwarna putih itu sedang membelok ke kanan di persimpangan berkenaan sebelum dilanggar motosikal mangsa yang bergerak lurus.
"Kemalangan berlaku apabila van terbabit membelok ke kanan ketika lampu isyarat berwarna merah sebelum dilanggar oleh motosikal mangsa yang sedang bergerak lurus.










