PUTRAJAYA- Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan ke atas Gereja Greek Orthodox St. George di Kampung Hamoud, Wilayah Karak, Jordan dengan menyifatkan tindakan itu sebagai mencabuli kehormatan kesuciaan rumah ibadah.

Kementerian Luar Negeri (KLN) dalam satu kenyataan berkata, pihaknya turut merakamkan ucapan takziah kepada kerajaan dan rakyat Hasyimiah Jordan serta keluarga mangsa yang terkorban dalam insiden tersebut.

Menurut KLN, Malaysia menyatakan solidariti bersama Jordan dan menegaskan bahawa serangan terhadap rumah ibadat merupakan tindakan yang mencabuli kesuciannya serta tidak boleh diterima sama sekali.