PETALING JAYA – Seorang wanita memelihara pelbagai jenis haiwan di dalam rumah sehingga kediamannya boleh diibaratkan seperti zoo mini.
Menerusi hantaran pengguna Thread Aisha Aleeya, wanita itu berkongsi video beberapa ekor kambingnya sedang baring di katil dan sofa, beberapa ekor ayam pelbagai baka serta seekor burung hantu.
“Ada tak yang macam aku. Suka bela haiwan dalam rumah. Mandikan nak bagi wangi. Dulu ada kucing je, lepas tu bela kambing sebab memang ada kambing kat kampung, jadi bawa baby kambing balik KL.
“Lepas tu burung hantu, orang kata burung hantu makan anak ayam. Kita pun beli la anak ayam, burung hantu tu tak makan anak ayam tu. Akhi










