KUALA TERENGGANU – Seorang pemuda dibebas dan dilepaskan daripada tiga pertuduhan seksual melibatkan seorang kanak-kanak perempuan pada tiga tahun lalu di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.
Hakim Mohd. Zul Zakiqudin Zulkifli memutuskan demikian selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh, Muhammad Nuriman Nabil Mohd. Hisham, 22.
Beliau berkata, keterangan mangsa yang berusia 12 tahun 11 bulan sewaktu kejadian didapati tidak konsisten dan meragukan.
“Antara perkara utama yang menimbulkan keraguan adalah percanggahan tarikh kejadian dalam laporan polis, laporan perubatan dan rakaman percakapan mangsa selain keterangan saksi yang g










