PETALING JAYA – Warga ibu kota meluahkan rasa kecewa apabila beberapa kawasan pejalan kaki (pedestrian) menjadi ruang untuk meletakkan meja bagi segelintir peniaga.
Menerusi perkongsian di aplikasi Threads, seorang pengguna dikenali sebagai Kaki.komplen mendakwa beberapa peniaga sekitar Kepong telah menceroboh kawasan pejalan kaki terbabit.
“Pedestrian sudah cantik, lebar pula tu, tapi jadi tempat restoran buka meja. Rasanya berapa mereka bayar kat pihak berkuasa ya?
“Sini tempat pejalan kaki lalu-lalang, kadang ada berjogging dan berbasikal, tapi situ juga tempat pelanggan dorang ni merokok dan minum arak,”dakwa individu itu.










