DENGKIL: Luluh hati seorang bapa selepas melihat anak perempuan tunggalnya, Derma Damiya’ Nur Mikayla Mior Shahrizal terbaring dalam keadaan tidak sedarkan diri di koridor tingkat dua di sebuah sekolah, di sini semalam.

Menurut bapa mangsa, Mior Shahrizal Mior Zakaria, 48, dia mengetahui perkara daripada itu isterinya, Derma Taksiah @Norlela, 51, sekitar pukul 5 petang yang memintanya untuk bergegas ke sekolah selepas dimaklumkan anak bongsu daripada tiga beradik itu dipercayai tercekik.

“Jadi bila saya sampai di sekolah, saya naik tingkat dua, tengok anak saya sudah terbaring dekat koridor. Tapi ada (guru) di sekililing itu lah.

“Saya berada di tempat kejadian sekitar 15 minit, kemudian baru ambulans tiba. (Ketika itu) anak memang dah ‘flat’ habis, saya dah tolong ‘pump’ apa semua dah tiada respon, saya bagi CPR (