KUALA LUMPUR – Selepas dikecam hebat, ahli keluarga wanita yang tular gara-gara menarik tengkuk dan mengucup pipi penyanyi dan pelakon, Bella Astillah pada majlis resepsi dengan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman di Muar, Johor, Ahad lalu, tampil memohon maaf secara terbuka atas tindakan berkenaan.
Menantu kepada wanita terbabit tampil membuat permohonan maaf menerusi panggilan telefon ke stesen radio segmen 3 Pagi ERA apabila usaha menghubungi Bella menerusi mesej peribadi (DM) dalam Instagram tidak mendapat maklum balas.
“Kami satu keluarga ingin memohon maaf di atas keterujaan mak saya itu. Saya betul-betul minta maaf. Sebab itu di luar jangkaan kami. Kami pun tak ‘expect’ benda ini berlaku.








