MADRID: Julian Alvarez menghadiahkan gol kemenangan kepada penyokong Atletico Madrid sebelum memohon maaf atas kenyataannya yang menyatakan hasrat untuk bermain bersama Barcelona, selepas membantu pasukannya menewaskan Deportivo La Coruna 1-0.
Penyerang Argentina itu menjaringkan gol dalam dua perlawanan berturut-turut ketika Atletico merapatkan jurang kepada dua mata di belakang pendahulu LaLiga, Barcelona.
Selepas perlawanan, Alvarez turut menjelaskan kenyataannya yang menjejaskan hubungannya dengan penyokong di Stadium Metropolitano.
"Saya ingin memohon maaf kepada penyokong atas apa yang saya katakan ketika Piala Dunia. Cara saya menyatakannya dan masa saya berbuat demikian adalah satu kesilapan.









