KUALA LUMPUR: Gelaran beregu lelaki Terbuka Perancis 2026 sah menjadi milik Malaysia selepas Man Wei Chong-Tee Kai Wun dan Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani melengkapkan pertembungan sesama negara di pentas final di Arena Grand Paris, hari ini.
Wei Chong-Kai Wun terlebih dahulu menempah tiket ke pentas final selepas menewaskan pasangan Indonesia Raymond Indra-Nikolaus Joaquin 21-16, 21-15 dalam tempoh 31 minit.
Sze Fei-Nur Izzuddin pula melangkah ke final kejohanan Super 750 itu dengan mengetepikan cabaran satu lagi wakil Indonesia, Leo Rolly Carnando-Daniel Marthin 22-20, 21-9, juga dalam tempoh 31 minit.
Ini merupakan penampilan kedua Wei Chong dan Kai Wun di pentas akhir musim ini selepas masing-masing-masing beraksi bersama gandingan berbeza pada final Masters Korea, Ogos lalu.








