PUTRAJAYA: Selepas berbulan-bulan mencetuskan tanda tanya berikutan akaun media sosial yang tidak lagi aktif, pelakon Noorkhiriah akhirnya muncul di khalayak, sekali gus merungkai spekulasi mengenai 'kehilangan' dirinya daripada dunia seni.
Noorkhiriah atau lebih mesra disapa Khiriah, yang memenangi trofi Pelakon Wanita Drama TV Terbaik menerusi drama Seribu Tahun pada Anugerah Seri Angkasa 2026 (ASA 2026), menegaskan dia tidak pernah berhenti berlakon atau menghilangkan diri daripada industri seni.
Sebaliknya, pelakon itu berkata, dia masih aktif bekerja, cuma memilih untuk menyahaktifkan akaun media sosial bagi memberikan tumpuan kepada keluarga.
"Saya tidak berhenti dan tidak menghilangkan diri. Harap kenyataan saya ini dapat menjelaskan kekecohan sebelum ini.








%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2020%2F06%2F929a54d5ec2cc16a031a34bb60a4653c.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)

