BEREGU campuran negara, Hoo Pang Ron-Lai Pei Jing mara ke separuh akhir Terbuka Perancis 2026 selepas dipaksa bermandi peluh menewaskan gandingan Jerman, Marvin Siedel-Thuc Phuong Nguyen di Tremblay-en-France pada Jumaat.Pada aksi suku akhir yang berlangsung selama 57 minit di Arena Grand Paris, pasangan Malaysia itu diheret sehingga ke set penentuan sebelum mencatat kemenangan 21-17, 20-22, 21-18.Ia merupakan kali ketiga Pang Ron-Pei Jing ke separuh akhir Super 750 selepas aksi di Terbuka Denmark 2026 dan Masters China 2026.Menanti Pang Ron-Pei Jing di separuh akhir ialah gandingan China, Guo Xin Wa-Chen Fang Hui yang juga pilihan keenam kejohanan.Xin Wa-Fang Hui mara selepas mengetepikan pilihan ketiga kejohanan dari Denmark, Mathias Christiansen dan Alexandra Bøje 12-21, 21-9, 21-9.Pertemuan di separuh akhir itu merupakan pertemuan sulung membabitkan kedua-dua pasangan. - Bernama
Terbuka Perancis 2026: Pang Ron-Pei Jing tempah tiket separuh akhir

Key takeaways
Pasangan Malaysia Hoo Pang Ron-Lai Pei Jing mara ke separuh akhir Terbuka Perancis 2026 setelah menewaskan pasangan Jerman.
- Pang Ron-Pei Jing mara ke separuh akhir setelah menang 21-17, 20-22, 21-18.
- Ini merupakan kali ketiga mereka ke separuh akhir Super 750 selepas kejohanan Denmark dan China.
- Pasangan China Guo Xin Wa-Chen Fang Hui akan menantang mereka di separuh akhir.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Kosmo , Kosmo , Utusan Malaysia
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia Pang Ron-Pei Jing mara ke separuh akhir Terbuka Perancis
- Sinar Harian Terbuka Perancis 2026: Pang Ron-Pei Jing tempah tiket separuh akhir (this story)









