KUALA LUMPUR – Seramai 55 individu termasuk 46 warga China ditahan dalam dua serbuan berasingan menerusi Op Tembok 01/2026 di ibu negara semalam.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, serbuan pertama di sebuah pusat hiburan di Jalan Chan Sow Lin membawa kepada penahanan 50 individu berusia 19 hingga 44 tahun.
Mereka terdiri daripada seorang lelaki warga tempatan, 21 lelaki warga China yang merupakan pelanggan, lima lelaki warga China dipercayai pekerja premis dan 23 wanita warga China yang disyaki bekerja sebagai pelayan khidmat pelanggan.
“Hasil serbuan dan pemeriksaan mendapati premis tersebut tidak mempunyai lesen hiburan yang sah atau sebarang kelul










